Friday, June 25, 2010

Event

3 Julai dan 17 Julai ........

Dimulakan dengan Majlis 'Sirih Pulang Ke Gagang'. Diadakan di sekolah lamaku. Sek,. Men. Raja Shahriman a.k.a SMRKS. Tak tau lar berapa org yg hadir bg mewakili batch 95 kami nih. Alhamdulillah aku masih ade kelapangan. Masih segar di ingatan segala kenangan pahit, manis, masam n segala2. Serasa bagaikan baru berlalu. Sedar @ tidak telah hampir 15 tahun berlalu. 
 Bagaimana harus kulupai tempat aku menimba ilmu, menjadikan 'diriku' sehingga kini. 
Walaupun keadaan disitu sedikit banyak telah berubah, namun masih ader lagi tapak2 kenangan yg tinggal. Betapa aku merindui saat itu. Jika dpt ku undurkan masa, ingin ku ubah semula apa jua kesalahan yg pernah aku lakukan tetapi ia hanya ...........

 Kemudian, pada 17 Julai. Acara Family Day di pejabat baruku akan di adakan di Agrotek Hulu Langat Resort. Diharap segalanya berjalan dengan lancar. Aku dipertanggungjawabkan bersama Azila utk menguruskan souvenier dan hadiah bagi acara yag bakal berlangsung. Maybe dlm 2-3 minggu ni busy ckit. So, aku berharap agar kedua-dua majlis dpt berjalan seperti yg diharapkan.

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa & Takziah

 Selamat Hari Bapa kepada sume yang bergelar bapa di dunia.
Ayah/Bapa/Abah dll..........Abah, tanpamu siapalah aku didunia ini. Engkaulah yg memberi pengenalan utkku. Abah, sesungguhnya aku tetap sayang selama-lamanya. Ya Allah aku mohon kepadamu sejahterakanlah abah, ampunkan dosanya, murahkan rezekinya dan kurniakanlah kesihatan kepadanya. Amin....

Lebih kurang 30 minit lepas, kakak iparku telah kembali ke rahmatullah. Ya allah, ampunkan dosanya, tempatkan lah die ditempat org2 yg beriman.
Aku juga berharap agar suami aka abg iparku berserta sume anak2nya tabah dan redha atas pemergiannya. Hidup harus diteruskan. Jgn lupa sentiasa doakan utk mak kamu sume.......
Semoga ape yg berlaku dijadikan pengajaran dan panduan hidup....

Wednesday, June 16, 2010

Pesanan dari Prof. HAMKA

1. Apabila kamu sedang solat, jagalah pemikiranmu.
2. Apabila kamu berada di rumah orang, jagalah penglihatanmu.
3. Apabila kamu berada di majlis makan, maka jagalah perangaimu.
4. Apabila berada di khalayak ramai, maka jagalah lidahmu.
5. Ingatkan ALLAH.
6. Ingatkan MATI
7. Lupakanlah baik budi kita terhadap orang lain.
8. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita.
Rujukan : Kitab Iya-'Ulumiddin

Perkara ke-6. Sebenarnya, aku baru blk dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Aku melawat kakak iparku yang sedang berjuang melawan sakit kencing manisnya yg berada di tahap kritikal. Diwadkan hujung Mac 2010 dan kaki kirinya telah dipotong ke paras peha. 
Manusia sering lalai dan jarang ingatkan MATI. Itu adalah yang pasti. Setiap yang hidup dijanjikan mati. Tapi tiada tarikh yg ditetapkan. Bila, dimana, bagaimana dll......


Monday, June 14, 2010

Sepiku menjadi tanda tanya???

Arini opis aku sunyi sepi jer rasenye. Masing2 wat keje sendiri. Sume 'monday blues' kot.
Aku lak ari ni, bangun jer rase mcm berputar umah. Pening kepala pulak doh. Dah lama tak kena sakit cam ni. Ubat lak takde. Tahan ajer la. Kang kt opis okay kot. 

Sampai ke tengahari cam2 gak. Staff lain ingat aku bad mood. masing2 takut nak tegor. Bukan camtu, aku duk nahan migrain sebelah kepala nih. Orang lak boleh tahan ramai. 

Tapikan, kekadang tu bagus jugak sebab aku tetap percaya setiap ape pun mesti ade sebabnyer. Oleh yang demikian aku kurang sikit bercakap. Buat keje aku dengan tenang, temusiasat berjalan lancar dan segalanya 'smooth'.

Esok lak ade meeting, harap aku dah okay by 2morrow. Hurm.....ntah ape lak citernyer esok. Aku harap ade lah citer @ berita yg bagus. Boring ar asyik ulang benda yg same. 
I'm hoping the best for me tomorrow. Adios for now....:)

Friday, June 11, 2010

Umah Baru

Memula sekali terima kasih bebanyak HASNIZA aka sifu (contractor) yg design umah aku.
Sweet sgt. N thanks gak sudi jdi follower blog aku nih.
Slps nih aku akan cuba utk perbanyakkan entry yg boleh dikongsi bersama. Byk benda yg berlaku dlm sedar atau tidak sedar di sekeliling kita. Biasanye sedar tp buat2 tak sedar. 
Harap2 kite dpt ingat dan mengingati sesama sendrik.