Sunday, June 7, 2015

Kini....

Setelah bertahun menyepi, rasanya rumah ni mmg dah berlapuk giler. Pelbagai suka duka dalam hidup aku tempuhi. Alhamdulillah pengalaman itu mematangkan aku. Syukur ke Hadrat Ilahi, aku masih lagi berjodoh dengannya. Masih punya mak abah dan adik beradik. 
   
Terkini, hidup bertambah meriah dengan kehadiran cucu pertama, Nur Adra Sofea. Insya allah, pd tahun ini juga bertambah ahli keluarga dgn kehadiran bakal adik ipar dan menantu. 

Pastinya tahun ini sibuk selalu. Banyak benda perlu dibuat.

1. Kursus 7 hari setahun  - Selesai

2. Persiapan utk 3 majlis - Dalam proses. (aku cuma uruskan tasbih,yasin sebagai door gift)

3. Persiapan kenduri menyambut menantu pada November  - Sedang diusahakan

4. IVF - Dalam proses. 

Perkara ke 4 lah yang merupakan high priority utk ku. Tahun ni aku berumur 37 thn. Cuma ade beberapa tahun saja lagi.

 Ya Allah permudahkanlah urusanku. Kabulkan lah permintaanku. Serikanlah ikatan ini dengan kehadiran CAHAYAMATA yang amat aku nantikan. Ya Allah, Sempurnakanlah hidupku. Aamiin.


Aku bermohon padaMu Ilahi agar kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah. 

No comments:

Post a Comment