Sunday, July 4, 2010

Julai 2010

1st Julai ari tu, 
2 kawan aku kne tukar ke Shah Alam semula. Tinggalkan kami bertiga. Sedih gak sbb kami sesama mulakan Unit Penguatkuasa di pejabat Cawangan Banting seramai 5 org anggota. Segala susah payah di tempat baru dirasai bersama. Sedang masih hijau lagi, kami terpaksa berpecah semula. Apakan daya, sudah suratan. Moga apa jua yg telah dilalui dijadikan kenangan manis antara kite semua Diharap kite semua tetap terbaik walau dimana kite ditempatkan. 
Semalam adalah majlis Alumni SMKRS. Atas sebab tertentu, hanya 4 org yg berjaya menghadirkan diri daripada 10 org sepatutnya. Hanya aku, Isma, Akmal n Cikgu Linda saja. Setelah diamati, kebanyakan hasil video yg terpampang memaparkan tahun persekolahan kami iaitu 1995. 95% kehadiran adalah dari batch yg terlalu senior dari kami. Apepun majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran guru2 otai.
Dan yg paling mengejutkan ialah, batch kite diiktiraf sebagai penaja dan ahli jawatankuasa majlis berkenaan. Macam2 rase, malu, bangga, terkejut dan x disangka betul....aku silap bace ke....syukur segalanya berjalan dengan lancar. Amin

2 comments:

  1. tader amik gambo ke?
    nape lak poi tk p?

    ReplyDelete
  2. gambo mana? mana pi jejaka malaya batch 95'
    aku bangga2....hehehe

    ReplyDelete